Sebelum terbang, izinkan saya berbahasa melayu.
Ramai atau tidak, bilangan bukan urusan. Tapi iulah mereka. Kawan yang aku akan kata
SELAMAT TINGGAL.
Sudah tiba masanya untuk kita berangkat,rakan.
Sudah saatnya kita mencari apa yang selama ini kita pinta dalam hati.
Bukan dunia jadi taruhan,tapi biarlah akhirat yang menjadi tujuan.
Selama ini kita berjemaah,tapi hari esok kita Imamah.
Imamah buat umat, Imamah buat hati-hati mereka yang masih bingung.
Maaf dan terima kasih semua kutuju buat saudara saudariku.
Siapa tahu hari esok ada
tanganmu yang menyambutku dari tergelincir.
Tergelincir untuk ke neraka.
Ya, itulah doa. Doa kalian buatku. Dan doaku buat kalian. Senjata kita, senjata paling rahsia.
Sudah tiba waktunya teman
Untuk kita keluar menyebarkan Salam
Bukan untuk menjadi makhluk yang kononnya sempurna, seolah untuk mempamer apa yang dilebihkan oleh Tuhan buat kita.
Tapi bersamalah mereka. Pautlah hati dan tangan mereka.
Bagaimana kau pernah membawa aku mengenal Tuhan,
mereka juga ingin merasa nikmat yang sama.
Ya, WAKTU itu anugerah Tuhan.
Tapi apa yang menghiasi waktu itu adalah kamu.
Di sini aku belajar percaya.
Pada Tuhan
Pada janji
Pada balasan
Pada keburukan
bukan
pada KESEMPURNAAN
Kulihat cermin. Mata itu tidak lagi kesunyian seperti lima tahun yang lalu.
Kina warnanya silih bertukar warna.
Sedih menangis memberontak marah kemaafan anugerah tawa dan cinta.
Kalianlah yang mengisi mata itu.
Kau ajarkan aku untuk menerima.
Dan apa yang lebih bermakna, kau tunjukkan aku bagaimana untuk memberi.
Setiap detik,kisah kita tercatat.
Bukan pada kertas kajang atau buku nota sains.
Tapi dalam hati.
Mungkin waktu seperti itulah aku akan menangis.
Mengenang coretan lampau.
Kalau semalam aku bermimpi
Hari ini realiti menjelma.
Bukan tentang indahnya memori,tapi susahnya untuk mecipta memori yang sama seperti semalam.
Selamat tidur cerita semalam.
Kerana aku ingin melukis di atas ruang yang masih kosong itu.
madihah ku sayang...
ReplyDelete