Aku lihat manusia di sana sini
Sudahlah diri
Mengakulah kau ingin kembali
Pada jalan yang orang putihnya kata meant-to-be
Aku lihat manusia yang sibuk membelek diri itu
Tidak sempat kiranya dia memberi komplen atau komen negatif
Aku lihat manusia yang bahagia itu
Tidak terguris jiwanya dek permainan kanak-kanak duniawi
Aku lihat manusia yang hatinya menghitung-hitung cintanya dengan Tuhan itu
Tidak sempat dibuai siapa pasangan pilihan
Aku lihat manusia yang mengejar rahmat itu
Tidak berhenti kakinya memandu mengumpul erti
Aku lihat manusia yang telus impiannya untuk hari esok itu
Tidak gusar dia meninggalkan angan dan mimpi
Aku lihat manusia yang santun jiwanya itu
Tidak lelah memaafkan siulan dan ejekan
Aku kira mereka ini bukan malaikat
Aku kira mereka ini manusia seperti aku
Aku lihat manusia yang bijak itu
Sibuk sungguh harinya menyiapkan akhirat
Aku lihat cermin
Bilakah "mereka" itu aku
Aku juga rindu pada ketenangan hakiki
Bukan kerana ibadahku yang kononnya sehebat sufi
Tapi rahmat Dialah yang tak pernah henti dicurahi
Aku rindu
Aku rindu untuk "menjadi"
Kerana selama ini aku hanya "melihat"
Bawa aku bersama?
No comments:
Post a Comment