Maka berkatalah manusia seluruh alam. Teruskan berkata dan berkata.
Perisa luka atau derita kau tidak rasa.
Kau hanya terus berkata
Teruskan, teruskan urusan bibirmu itu,
teruskan berkata untuk tujuan dirimu.
Biarkan biarkan aku sakit, biarkan aku dihimpit.
Aku tidak marah, tetapi sudahlah.
Biar dia mengesat hati ini
Entah mengapa nada mereka seakan memuji manis
Tapi aku mendengar detakan sinis
Berkatalah, berkatalah manusia seluruh alam
Memang engkau begitu, tiada hak aku mnyatakan apa di hati
Biarkan biarkan aku sendiri
Menggigit duri
Tidak, aku tidak membenci
Sebagai tanda aku masih mempercayai
Bahawa satu hari nanti kau akan berhenti.
Teruskan.
Teruskan berkata.
Tetapi kau lupa, hamba ini juga mempunyai hati untuk diratapi.
Biarpun sendiri.
No comments:
Post a Comment